There was an error in this gadget

Sunday, December 5, 2010

Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu


Kurma/ Kismis / Madu Sabda Rasulullah s.a.w “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah
s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Sumber :- Ajakbicara.com & www.omaq.org

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Moga Allah kurniakan Haji yg mabrur kepada Jemaah kita dan Selamat Berkorban pada semua..

Perjalanan Jemaah

Jemaah yang bertolak dengan KT 36 (19 oktober 2010)
akan bertolak pulang pada

Tarikh : 04 Disember 2010
Masa : 01.10 pagi
Tempat : KLIA (Kuala Lumpur International Airport)

Wednesday, September 29, 2010

Taklimat Haji Perdana 2010

Tuan Puan yg menjadi peserta Haji 2010 / 1431H, dikehendaki hadir ke taklimat haji perdana anjuran KPHJYUSOFF di bawah naungan Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd..

Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang ( 9 Oktober 2010, SABTU)

Detail : Taklimat/ kursus ini diadakan secara percuma, makanan tengah hari juga disediakan..

p/s - tuan puan yg belum memberikan gambar kepada pihak pengurusan, diminta mnyerahkan gambar ukuran passport sebanyak 4keping..

Etc- untuk rujukan peta : http://wikimapia.org/224252/Dewan-Millenium

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

maaf dr kami warga KPHJYUSOFF, sempena lebaran ini kami pohon jutaan kemaafan
yg pasti ada salah silap dr kami kpd jemaah, mudah2 an ukhwah yg terjalin tetap erat..

Sunday, September 5, 2010

DETIK PEMERGIAN DAN CINTA RASULULLAH S.A.W KEPADA UMATNYA....


Ada sebuah kisah tentang cinta
yang benar2 cinta
yang dicontohi ALLAH
mlalui khidupan RASUL nya


pagi itu,walaupun langit telah
mula menguning,
burung2 gurun
enggan mengepakkan sayap


pagi tu ....
RASULULLAH dengan suara terbatas
memberikan khutbah,


"wahai umatku...
kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH
dan cinta kasih-nya.
Maka taati dan bertaqwalah kpada-nya


"kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al-Quran dan sunnahku..."


barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku
dan kelak orang2 yang mencintaiku
akan msuk syurga bersama-sama aku...


khutbah singkat itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah
yang tenang dan penuh minat
menatap sahabatnya satu persatu


abu bakar menatap mata itu
dengan berkaca-kaca

Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya

Uthman menghela nafas panjang

ali menundukkan kpalanya dalam-dalam.


Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba...

Rasulullah akan meninggalkan kita semua,
keluh hati semua sahabat kala itu.

manusia tercinta itu,
hampir selesai menunaikan tugannya didunia.

tanda-tanda itu semakin kuat...

Ali dan Fadhal dengan cergas
menagkap RASULULLAH
yang berkeadaan lemah dan goyah
ketika turun dari mimbar.

Disaat itu,kalau mampu,
seluruh sahabat yang hadir disana
pasti akan menahan detik-detik berlalu

Matahari kian tinggi,
tapi pintu rumah RASULULLAH masih tertutup

sedang didalamnya,
RASULULLAH sedang terbaring lemah
dengan keningnya yang berkeringat
dan membasahi pelepah kurma
yang menjadi alas tidurnya

Tiba-tiba dari luar pintu
terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam,

Bolehkah saya masuk? tanyanya

Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk,

Maaflah ayahku sedang demam
kata fatimah yang membalikkan badan
dan menutup daun pintu

Kemudian ia kembali menemani ayahnya
yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada fatimah

siapakah itu wahai anakku?

Tak tahulah ayahku
orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya
tutur fatimah lembut

lalu RASULULLAH menatap puterinya
dengan pandangan yang menggetarkan,
seolah-olah bahagian demi bahagian
wajah anaknya itu hendak dikenang

Ketahuilah dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara
dialah yang memisahkan pertemuan didunia

Dialah malakul maut, kata RASULULLAH

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya

Malaikat maut datang menghampiri,
tapi RASULULLAH menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya

Kemudian dipanggil jibril
yang sebelumnya sudah bersiap
di atas langit dunia menyambut
ruh kekasih ALLAH dan penghulu dunia ini

Jibril,jelaskan apa hakku
nanti di hadapan ALLAH?
tanya RASULULLAH dengan
suara yang amat lemah

Pintu-pintu langit telah terbuka,
para malaikat telah menanti ruhmu,
semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu,
kata jibril


tapi itu ternyata tidak
membuat RASULULLAH lega
matanya masih penuh kecemasan

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?
tanya jibril lagi

Khabarkan kepadaku
bagaimana nasib umatku kelak?

jangan khawatir wahai RASUL ALLAH
aku pernah mendengar
ALLAH berfirman kepadaku:
kuharamkan syurga bagi siapa saja
kecuali umat MUHAMMAD
telah berada didalamnya
Kata jibril

detik-detik semakin dekat,
saatnya Izrail melakukan tugas

Perlahan ruh RASULULLAH ditarik
nampak seluruh tubuh RASULULLAH
bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang

jibril betapa sakit sakaratul maut ini
perlahan RASULULLAH mengaduh

Fatimah terpejam,
Ali disampingnya
menunduk semakin dalam
dan jibril memalingkan muka


jijikkah kau melihatku
hingga kau paling wajahmu jibril?
tanya RASULULLAH pada
malaikat penghantar wahyu itu

siapakah yang sanggup,melihat
kekasih ALLAH direnggut ajal
kata jibril

Sebentar kemudian terdengar RASULULLAH memekik
kerana sakit yang tidak tertahankan lagi

Ya ALLAH
dahsyat nian maut ini
timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan kepada umatku

badan rasullulah mulai dingin
kaki dan badannya sudah tidak bergerak lagi
bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu

Ali segera mendekatkan telinganya
peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu

diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan
sahabat saling berpelukan

fatimah menutup tangan di wajahnya,
dan ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir RASULULLAH yang mulai kebiruan

ummati..ummati..Ummatiii..

dan berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu

ALLAHUMMA SHOLLI' ALA MUHAMMAD
WABAARIK WASALIM'ALAIAH



bertapa cintanya RASULULLAH kpada kita...




kami juga mencintaimu ya RASULULLAH
dan cinta itu..
akan kami buktikan

Saturday, September 4, 2010

Soal Jawab Sepanjang Ramadhan

Hukum Hakam di Bulan Puasa Ramadhan

1.Batalkah puasa kalau tertelan air liur dengan banyak?

Air liur yang berada dalam mulut dan tidak dikeluarkan tidak mengapa ditelan walaupun sengaja. Bahkan makruh kalau terlalu banyak meludah.

2.Batalkah puasa kalau makan dan minum dalam keadaan terlupa sehingga berulang-ulang kali?

Nabi pernah bersabda yang maksudnya; “ Barangsiapa yang terlupa, sedangkan dia berpuasa, kemudian dia makan dan minum, hendaklah dia sempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.”(Riwayat Jama’ah).

Maknanya kalau beulang kali seperti lupa di pagi hari, kemudian sarapan. Di tengahari pun lupa pula, lalu makan. Pada petangnya lupa pula lalu makan lagi, hukumnya tetap tidak batal puasa itu.

Kuncinya ialah sengaja atau tidak. Kalau sengaja makan walaupun sebiji nasi sekalipun tetap batal hukumnya. Kalau seperiuk nasi sedangkan terlupa tetap tidak batal.

3.Kalau dipaksa bagaimana?

Kalau ditaqdirkan ada orang yang memaksa kita makan atau minum, maka hukumnya sama dengan terlupa kerana tidak disengajakan. Nabi ada bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya Allah tidak mengira daripada umat aku dalam perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa dan yang dipaksakan ke atasnya.”(riwayat Ibnu Majah, at Tabrani dan al Hakim).

4.Kalau haidh atau nifas keluar ketika saat terakhir sebelum tenggelam matahari(maghrib), batal jugakah puasanya?

Batal juga…..nasiblah. Tapi pahalanya tetap dikurniakan oleh Allah. Kan bagus tu. Nanti kalau ganti puasa, dapat lagi pahala qadha’ puasa.

5.Kalau seseorang yang masih belum ganti puasa, kemudian dia mati, bagaimana ye?

Ulama’ berselisih pendapat. Jumhur Ulama’, daripadanya Abu Hanifah, Malik, dan pendapat masyhur daripada Mazhab Syafi’e mengatakan tidak wajib walinya mengqadha’ puasa si mati. Tetapi wajib kata Mazhab Hanafi diberikan makan kepada orang miskin satu mud(cupak)bagi setiap hari yang ditinggalkan. Adapun pendapat yang terpilih dalam mazhab Syafi’e mengatakan Sunat bagi walinya berpuasa, tidak perlu lagi memberi makan orang miskin.

6. ‘Melombong bijih’(Korek hidung)Batal kah puasa?

Dulu-dulu ramai ustaz yang ajar bahawa korek hidung termasuk dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, maka hukumnya batal puasa. Tapi yang sebenarnya tidak batal puasa sekiranya kita korek hidung sekadar dengan jari kita yang lima ini. Maknanya boleh korek hidung sekiranya ada hajat seperti garu gatal dan sebagainya dengan syarat tidak sampai ke batin hidung. Batin hidung ialah bermula daripada tempat yang keras di atas hidung. Zahir lubang hidung yang kita nampak bila tengok pada cermin, maka itu tempat yang harus korek. Tapi perlu diingat bahawa kalau korek tanpa sebab, maka hukumnya makruh.

7.Telinga macam mana pula?

Telinga pun begitu juga hukumnya. Ada zahir dan batin. Kebiasaan jari kita takkan sampai ke batin telinga. Maka korek telinga dengan jari adalah harus. Melainkan jari kita halus macam lidi basikal. Apabila dikorek, terkena gegendang telinga. Macam tu barulah batal puasa.

8.Gosok gigi tengahari boleh ke?

Ulama’ sepakat bahawa gosok gigi atau bersugi atau berkumur sekalipun tidak membatalkan puasa. Adapun Imam Syafi’e memakruhkan bersugi selepas gelincir matahari(tengahari la tu). Bahkan ramai ulama’ menyatakan sunat bersugi setiap kali mahu mendirikan solat fardhu walaupun bulan puasa.

9.Laki cium bini, bini cium laki-batal ke?

Pernah berlaku di zaman Rasulullah bahawa Umar al Khattab pernah datang mengadu kepada Rasulullah bahawa beliau telah melakukan kesilapan besar. Apabila ditanya oleh Nabi, beliau pun menjawab bahawa beliau mencium isterinya di siang hari bulan puasa. Jawab Nabi, ‘Adakah puasa kamu batal kerana berkumur?” Jawab Umar, “Tidak”, Jawab Nabi lagi, “Samalah dengan kamu cium isteri kamu.”

10.Orang sakit kena suntikan di bulan puasa, batal kah?

Tidak batal kerana ia bukan rongga badan tetapi dengan syarat yang disuntik bukan ‘makanan’ atau ‘minuman’ gantian kepada pesakit. Batal puasa sekiranya yang dimasukkan dalam badan merupakan makanan gantian kepada pesakit berat yang tidak mampu makan minum dengan saluran biasa. Biasanya suntikan itu mengandungi glukosa. Kalau begitu keadaannya, maka ia termasuk dalam golongan yang diharuskan berbuka puasa.

11.Orang lelah guna inhaler?

Setengah Ulama’ muta’akhirin yang ada sekarang mengatakan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa alasannya, ia bukan makanan atau minuman.

WALLAHU A’LAM.

Sumber : Email warga omaQ.org

Saturday, August 21, 2010

KAABAH



Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama `Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda :

“Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam”

Sumber :- Email warga omaQ.org

Sunday, August 15, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

bln ramadhan ni ada 3 trip
1st Awal ramadhan
2nd Sebulan ramadhan
3rd Akhir Ramadhan

rombongan pertama dan kedua sudah bertolak..

Thursday, August 5, 2010

ASSALAMUAILAIKUM

maaf kepada tuan2 kerana lama tak update blog ini, atas kesibukan yg tak dapat dielakkan

Wednesday, June 2, 2010

trip umrah Jun

Alhamdulillah,

arini tanggal 2jun,seramai 49 jemaah telah blepas dgn MALAYSIA AIRLINES,

smua urusan selamat dgn jayanya, moga Allah kurniakan Umrah yg Mabrurah kpd smua jemaah

kepada Waris-Waris : Jemaah2 ini akan pulang pd 17 jun 2010 , 2.45 petang di Airport Bayan Lepas..

Tuesday, May 11, 2010

KURSUS HAJI MUSIM KEDUA 2010 / 1431 H

JUMAAT : 9.00 pagi - 11.00 pagi MASJID FELKRA BKT TAMPOI (kuala nerang)

: 3.00 ptg - 4.30 ptg MASJID AL ISLAH (beris jara, sik kedah)



SABTU : 9.00 pagi - 11.00 pagi SURAU KG SETOL (pinang tunggal)

: 3.00 ptg - 4.30 ptg SURAU AL-HUDA (pulau 44, teloi timur)



AHAD : 9.00 pagi - 11.00 pagi MASJID AT-TAQWA (pekan kongsi)

: 3.00 ptg - 4.30 ptg MASJID JAMEK (ara kuda)

Friday, April 23, 2010

REVIEW SYIRIA

ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI DAN PUJA HANYA UNTUK ALLAH DAN JAMBANGAN SELAWAT TERINDAH UNTUK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W
KP HAJI YUSOFF MERUPAKAN SATU KUMPULAN TENAGA KERJA YG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI YG TERBAIK,SEJAJAR MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T
ANTARA PROGRAM KAMI UNTUK THN 2010 IALAH ZIARAH NABAWIYAH YG SANGAT MENARIK PADA 4Jun 2010 sehingga 21 Jun 2010 (SEPANJANG CUTI SEKOLAH)
TIDAKKAH PERNAH DI LUBUK IMAN ANDA UNTUK...

  • Menjejakkan kaki anda di bumi atau tempat yg disebutkan didalam al-quran dan hadis?
  • Berada di bumi yg dipilih Allah untuk pasangan pertama di dunia ini (Adam dan Hawa) menjalani kehidupan?
  • Berada di bumi yg dipilih Allah untuk menyimpan jasad beberapa rasul yg mulia dan menziarahi makam mereka?
  • Menziarahi beberapa maqam ahlul bait, seperti isteri dan cucu Baginda?
  • Tempat dimaqamkan kepala Imam Hussin cucu Rasulullah s.a.w?
  • Melihat kesuburan bumi yg Allah letakkan padanya rasul yg kaya seperti Nabi Ayub a.s,Zulkifki a.s,Zakaria a.s dan lain-lain?
  • Melihat sungai Furat yg Disebutkan didalam al-Quran,kejernihannya dan kecanggihan sistem saliran di zaman purba?
  • Melihat kota-kota dari tamadun silam yg ribuan tahun umurnya dan memasukinya sendiri?
  • Pusat dagangan dunia yg ribuan tahun dahulu dan merasai suasananya kerana sebahagiannya masih lagi aktif.
  • Membeli belah di pasar-pasar terbesar di negara Arab dan antara terbesar didunia.
  • Melihat seni bina yg mengkagumkan dari berbgai zaman?
  • Kesan empayar islam di era kegemilangannya?
  • Melihat empayar dan kota-kota terhebat dizaman silam seperti Rom dan Parsi yang telah ditawan Islam?
  • Gereja-gereja agung yang dijadikan Masjid?
  • Menziarahi maqam Umar ibnu Aziz?
  • Menziarahi kubur pertama di muka bumi ini berdasarkan islam.
  • Tempat berlakunya pembunuhan pertama dlm sejarah manusia di bumi iaitu Habil?
  • Melihat tempat Rasulullah s.a.w berdagang?
  • Tempat Buhaira bertemu dgn Rasulullah s.a.w dan makan bersamanya?
  • Melihat tapak kaki Rasulullah?dan meminum air dari bekas tapak kaki baginda yg mulia dan penuh barakah itu?
  • Tempat sandarnya Nabi ibrahim a.s ketika penat membina Kaabah?
  • Melihat dan menyentuh tapak kaki nNabi Nuh a.s
  • Dan banyak lg tempat menarik untuk dilawati...

KAMI MEMPELAWA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERKEMAMPUAN UNTUK BERSAMA KAMI MENEROKA BUMI SYAM YANG HEBAT INI DENGAN HANYA RM 6950.

MUDAH-MUDAHAN ZIARAH INI MENJADI PENYUBUR IMAN...

HUBUNGI KAMI SEGERA.TEMPAT TERHAD.

PAKEJ YG MASIH ADA UNTUK TAHUN 2010

PAKEJ HAJI 2010

KAMI BERSAMA GEMILANG TRAVEL kaedah T/H SWASTA (BAWAH TABUNG HAJI)

BERMULA DARI RM 18,800


PAKEJ UMRAH 2010


UMRAH & SIRIA (17hari) RM 6900
(cuti sekolah Jun)

UMRAH JUN (14hari) RM 6380
(cuti sekolah jun)

AWAL RAMADHAN (14hari) RM 6680

AKHIR RAMADHAN (14hari) RM 7500

SEBULAN (30hari) RM 9550

(pakej diatas telah termasuk smua bayaran, visa, makan minum, ziarah & tunjuk ajar ibadat..makan buffet 3x sehari, minuman 24jam (masakan malaysia)

sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian tertera.

Tuesday, April 13, 2010

trip umrah april

semalam telah selamat berlepas trip umrah april 3group..

1) group Umrah n Ziarah Cairo RM 6580 (20 hari) from pen

2) group Umrah , using Singapore Airlines RM 5850 (16 hari) from pen

3) group Umrah , using Malaysia Airlines RM 5750 (14 hari)from pen

Thursday, February 25, 2010

PENGUMUMAN

Assalamualaikum Tuan / Puan yg dirahmati Allah sekalian..
bagi yg mengikuti umrah kelolaan KP HJ YUSOFF pada April ini,
anda di wajibkan menghadiri Taklimat Akhir Perjalanan di

Tempat : Dewan MPSP Tikam Batu (bersebelahan balai bomba)

Tarikh : 27 Feb 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Minum pagi dan Makan Tengah Hari disediakan

p/s-sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi KP HJ YUSOFF
atau wakil kami

-Tuan Haji Zuki Doon (013-4285596)
-Tuan Haji Elias (017-4257707)

Sunday, February 7, 2010

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Thursday, February 4, 2010

JADIKANLAH TAUBAT AMALAN RUTIN

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)


Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.