There was an error in this gadget

Saturday, April 21, 2012

KENDURI 'AQIQAH' 2012



Alhamdulillah, pada 11April 2012 yang lalu, KP HJ YUSOFF telah mengadakan kenduri 'aqiqah' yang di adakan di kediaman kami. ini adalah bersempena dengan kehadiran 3orang cucu lelaki Tuan Haji Yusoff iaitu:


Hamzah bin Hj Yunus (04.10.2011)

Haris Hayyan bin Hj Muhammad Wafdi (17.10.2011)

Izz Imran bin Saiful Marshidi (24.02.2012)


Berikut disertakan beberapa keping gambar yang sempat di'snap' oleh photographer kami, Hj Yunus bin Hj Yusoff..

Haris & Hamzah


Izz Imran & ayahnya


Izz Imran & Haris Hayyan



Marhaban




Kumpulan Qasidah yang dijemput mera'ikan majlis






Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Aqiqah telah dilakukan di Makkah baru2 ini, iaitu dengan 6 ekor kibas untuk 3 orang putera baru ini.. Semoga mereka membesar dengan rahmat & kasih sayang Allah Subhanahuwa Ta'ala.. Semoga kita semua juga memperoleh RahmatNYA di dunia & akhirat...

Thursday, April 19, 2012

SELAMAT BERANGKAT PESERTA UMRAH APRIL 2012

Assalamu'alaikum.

Di do'akan semoga semua pembaca sihat & sentiasa dalam rahmatNya..

Di sini kami ingin mengucapkan selamat berangkat buat peserta2 umrah April 2012 yang akan bertolak pada hari Ahad ini (22.4.2012).

Diharapkan para bakal jemaah sudah bersiap sedia dengan persiapan Iman, zahir & batin, luaran & dalaman, persiapan fizikal & mental...

Semoga perjalanan ini memberi tarbiyah yg berharga buat para jemaah.

Semoga Allah merahmati kalian...

Tuesday, April 17, 2012

KURSUS HAJI BERSIRI MUSIM KE2, 1433H / 2012

Assalamu'alaikum Tuan Puan bakal tetamu Allah,

Alhamdulillah, dapat lagi kita meneruskan tanggunggajawab sebagai Hamba Allah di atas muka bumi ini...


Di sini disertakan butir-butir Kursus Haji 13siri Musim Ke2, 1433H / 2012. khidmat percuma dari kami warga KPHJYUSOFF untuk bakal-bakal Tetamu Allah... insya Allah.


Tempat : MASJID SAFUAN (Pekan Jeniang, Kedah)
Hari : Jumaat.
Masa : 4.50 petang (Selepas Asar).


Tempat : SURAU KAMPUNG SETOI (Pinang Tunggal, Pulau Pinang)
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi.


Tempat : MASJID KUALA KETIL (Pekan Kuala Ketil, Kedah)
Hari : Sabtu.
Masa : 4.50 petang (Selepas Asar).


Tempat : MASJID PEKAN KONGSI (Balik Pulau, Pulau Pinang)
Hari : Ahad.
Masa : 9.00 pagi.


Tempat   : MASJID ARA KUDA (Kulim, Kedah)
Hari : Ahad.
Masa : 4.50 petang (Selepas Asar).



Penyampaian akan disampaikan menggunakan kaedah pembelajaran terkini, secara teori & amali.
Kami juga menyediakan penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustazah Hajah Aishah binti Haji Ahmad & Ustaz Haji Rizal bin Haji Yusoff.