There was an error in this gadget

Friday, November 16, 2012

Apa itu Palestin

Palestin adalah salah satu identiti umat Islam. Setiap muslim mempunyai peranan yang besar terhadap bumi Palestin dan rakyatnya. Umat Islam daripada seluruh dunia mesti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

1. Palestin dari segi keimanan:

Kepentingan bumi Palestin dalam kepercayaan Islam (Islamic Faith) telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar
ialah kerana di sana terdapatnya Baitul Maqdis, tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah). Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock,kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.



Baitul-Maqdis di Palestin adalah pusat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut :-

Maha Suci Dia (Allah) yang telah
mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di
Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya….

(Al-Isra’:1)

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata:

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:

Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40
tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis pada masa keseluruhan Period Mekah (selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.

Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW bersabda:

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500
kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Selain daripada itu, terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang pentingnya bumi Baitul Maqdis dalam Islam serta Allah memberkati bumi disekelilingnya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan tentang bumi Palestin yang diberkati sehinggakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat mencintai bumi ini. Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah
mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah waqaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.

Setelah mengkaji ayat-ayat al-Quran, hadis, dan tindakan para sahabat, maka tiada siapa yang sihat fikirannya boleh menafikan bahawa Palestin adalah bumi suci dan diberkati. Ia adalah bumi yang terlalu penting kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

2. Palestin dalam Sejarah Islam

Bumi Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada Nabi yang pertama, Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk
menyampaikan mesej Islam, maka ia tidak sepatutnya ditadbir oleh orang lain selain daripada sesiapa yang membawa mesej Islam dan melaksanakan segala peraturan dan tuntutannya.

Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.

Ia adalah tanah suci dimana ramai para Nabi dan Rasul telah dilahir serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi
Isa. Semasa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah
termasuk dihalau daripada bumi Palestin. Ini semua diceritakan dalam Bible dan Al-Quran.

Baitul Maqdis adalah bumi berlakunya Isra’ Mikraj terhadap Rasulullah SAW semasa period Makkiyyah.

Palestin telah berjaya dibawa ke naungan pentadbiran Islam semasa zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum daripada itu hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Byzantine turut menindas penganut Kristian Palestin kerana mereka bermazhab atau berfahaman lain daripada mazhab yang dianuti oleh kerajaan
Byzantine. Walau bagaimanapun Islam tetap menjanjikan kebebasan dan keadilan
kepada semua agama.

Tahun 1099 masehi:

Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.

Tahun 1187:

Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.

Tahun 1917:

Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi
Palestin.

Tahun 1918 :

British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah.
British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

Tahun 1948:

Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

Tahun 1967:

Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah
atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

Berdasarkan kepada sejarah Islam dan kepentingannya daripada segi keimanan, dan
setelah kegagalan semua kaedah yang tidak Islamik untuk membebaskan tanahair Palestin daripada penjajahan Israel, maka penyelesaian secara Islam ialah kebangkitan semula Islam (re-emerging).

Ia merupakan kaedah yang paling kuat serta popular untuk pembebasan tanah yang dijajah ini. Islam ialah agama keamanan. Hanya Islam menawarkan kehormatan kepada semua agama yang diturunkan
dari langit kerana ia mengiktiraf semua nabi-nabi sejak dari Adam sampai Muhammad SAW. Hanya Islam percaya yang semua nabi dan Rasul membawa mesej yang sama, jadi semua manusia layak menikmati kebebasan untuk beribadat tanpa
tekanan dan penindasan.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa hanya Islam layak mengambalikan keamanan , keselamatan dan kebebasan di bumi suci Palestin
kepada semua manusia.

Sumber : www.massej.info

No comments:

Post a Comment