There was an error in this gadget

Sunday, December 30, 2012

FLYER HAJI UMRAH

    Alhamdulillah berkat doa semua jemaah dan sahabat-sahabat KP HAJI YUSOFF dapat lagi bergerak dalam jalan jihad di medan perniagaan.Disini sedikit sebanyak maklumat flyer bagi tahun 2013..sama-sam kita doakan kita menang dalam JIHAD PERNIAGAAN pada tahun hadapan.Dalam jihad hanyalah ada 2 pilihan,samada kita MENANG atau SYAHID..kalau kita berniaga atas nama bangsa,sudah pasti KALAH ada dlm kamus perniagaan kita,tetapi apabila perniagaan kita atas 'tiket' ISLAM..MENANG DAN SYAHID SAHAJA yang ada dlm kamus perniagaan kita...ramai yang berniaga,tetapi bermodulkan Bill Gates,Donald Trump,Bill Walsh, John Assaraf dan ramai lagi..kalau tanya jutawan Islam siapa???

 “Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”-Abdul Rahman Auf- jutawan yg menangisi kemewahan..Nescaya tidak ramai yg kenal jutawan ini..Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

   Berbisnes di DUNIA, untung sampai ke SYURGA!YA RABB!!jadikanlah kami di golongan mereka!belum lagi kita tengok sejarah Nabi berniaga.. 

عن أبي خالد حكيم بن حزام ، رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :](( البيعان بالخيار ما لم يفرقا ، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما ، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما )
Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”


No comments:

Post a Comment