Sunday, January 27, 2013

KACANG LUPAKAN KULIT

   Kata-kata 'bagaikan kacang lupakan kulit' dari kecil lagi kita sudah mendengarnya..cuma disini saya ingin membawa sahabat-sahabat dari sudut pandangan kaca mata Islam.

   'Ramai yang merindui kampung halaman, tetapi tidak ramai yang merindui kampung halaman SYAHADAH KITA DILAHIRKAN'. Ibarat ini sama dengan 'bagaikan kacang lupakan kulit'. Minggu ini KP HJ YUSOFF di datangi seorang jemaah untuk pergi ke makkah. Beliau pergi atas desakan ibunya yang mana ingin membawa adik kandung perempuannya yang tiada mahram lelaki. Tahun 2013, syarat untuk mendapatkan visa cukup ketat. Bagi wanita umur 45 tahun kebawah dan lelaki umur 17 tahun kebawah WAJIB ada mahram yang turut bersamanya. Sebelum ini, kita mudah untuk jadikan 'mahram tumpang', tetapi sejak tahun ini, kedutaan Saudi sudah ada link dengan pejabat agama. Jadi, sebarang kecelaruan yang di buat oleh pihak pakej sekiranya dapat di kesan akan di 'black list' serta merta.

  Jadi, ramailah mahram dipaksa pergi untuk mendapat visa umrah. Tambang di bayar oleh si pemaksa.. Namun majoritinya masih teragak-agak. Sayang hendak tinggal perniagaan, sibuk, dan macam-macam lagi alasan.Sahabatku yang dikasihi, memang Makkah dan Madinah itu tiada langsung hiasan dunia tetapi buat pengalaman saya, belum ada 1 detik lagi hati rasa menyesal apa bila sampai disana walaupun urusan di Malaysia sangat sibuk. Kampung halaman kita yang tiada janji apa-apa pun kita cukup merasai kerinduannya apabila di tinggal lama.. inikan pula kampung halaman syahadah kita dilahirkan. Azan yg kita dengar, hukum hakam yang kita laksanakan, segala bentuk kaitan yang mengenai Islam, semuanya lahir disana. Suasana yang penuh Barakah. Apakah kita menggelarkan diri kita sebagai muslim tapi kita kedekut masa untuk diluangkan sedikit di bumi yg mana berlipat ganda pahalanya bagi setiap kebaikan yang kita lakukan?

No comments:

Post a Comment