Monday, July 8, 2013

WALAUPUN DIA SEORANG PENCURI



SYAIR ARAB

"Maka berusahalah kamu mengikuti jejak langkah mereka walaupun kamu tidak menjadi seperti mereka. Sesungguhnya mengikuti jejak langkah orang yang mulia itu SATU KEMENANGAN"

Jadi, setiap orang ada sisi baik untuk ditiru, WALAUPUN DIA SEORANG PENCURI. Suatu ketika dahulu, maktabah Imam Ghazali pernah dimasuki pencuri dan mencuri penulisannya. Kemudian terserempak dengan beliau. Sebelum pencuri itu melarikan diri, sempat dia menegur Imam Ghazali, "Sekiranya kamu menghafal penulisan kamu, nescaya tiada orang mampu mencuri/ciplak ilmu kamu". Semenjak itu, Imam Ghazali banyak mengahafal ilmunya supaya tidak dicuri..wallahu'alam.

p/s Apakah kita hari ini hanya orang tertentu sahaja boleh tegur kita?? Apakah kita tiada kelemahan? Upgradelah taqwamu untuk hadapi RAMADHAN AL-MUBARAK

No comments:

Post a Comment