Monday, July 17, 2017

BORANG BADAL HAJI


BADAL HAJI/UMRAH

SETELAH MATINYA ANAK ADAM...

4 PERKARA YANG WAJIB DI SELESAIKAN:

1-   MENGURUSKAN JENAZAHNYA.
·       Kos kain kaffan, keranda,lahad si mati.
·       Upah untuk menguruskan pengebumian si mati.
·       Perhatian, kenduri tidak termasuk dari wang si mati.

2-   MEMBAYAR HUTANGNYA DENGAN MANUSIA.
·       Hutang makan dan minum.
·       Hutang kewangan.
·       Hutang nilaian barangan
- Contoh : Sistem barte mahukan pertukaran antara kereta dan motor, akan tetapi belumnya selesai proses pertukaran tersebut si fulan meninggal dunia.

3-    SELESAIKAN HUTANG DENGAN ALLAH SWT.
·       Menyelesaikan zakat harta/pertanian dan apa-apa yang berkenaan.
·       Membayarkan fidyah puasa yang belum selesai ke atas si mati.
·       Upah haji/umrah sekiranya belum menunaikannya.

4-    MELAKSANAKAN WASIAT SI MATI.
·       Memberi penghormatan terakhir kepada si mati dengan melaksanakan apa yang di hajati atau permintaan yang bertulis daripada si mati berupa harta/wang.

5-    FARAID HARTA SI MATI.
·       Membahagikan harta-harta peninggalan si mati kepada waris yang layak menerima, mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarak.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

No comments:

Post a Comment