Friday, January 14, 2011

Jemputan Walimatulurus


Assalamualaikum, Tuan-Puan, Haji-Hajjah,Dato datin sekalian, kami warga kerja KPHJYUSOFF dengan rasa rendah diri menjemput seisi keluarga, untuk ke majlis perkahwinan anak kami Hj Yunus B Hj Yusoff pada 9 Rabiulawal 1432 bersamaan 12 Februari 2011, hari Sabtu di kediaman kami F172 Kg Masjid, Tikam Batu, 08600 Sg Petani, Kedah Darul Aman..

Semoga kedatangan Tuan Puan menyeri dan menambahkan keberkatan majlis kami..

Jemputan ini tertakluk kepada semua yang pernah mengikuti Pakej anjuran KPHJYUSOFF

juga kepada sesiapa yang mengenali kami..jazakallah

Album Gambar Haji 2010

Assalamualaikum Tuan Puan yg Dirahmati Allah,
gambar tuan puan bagi Haji 2010 ini, tuan-tuan boleh dapati di album flickr sebelah kiri blog ini..
tuan-puan boleh klik trus ke gambar berkenaan..
segala gambar-gambar ini tiada hak cipta, tuan-puan boleh upload seadanya..

Monday, January 10, 2011

FACEBOOK

Assalamu'alaikum.. kepada semua jemaah..tuan2 boleh mendapatkan gambar terkini mlalui
Facebook kphjyusoff..tuan-tuan dibenarkan mencetak gambar dari facebook tersebut..
pihak pengurusan meminta ribuan kemaafan atas kelewatan ini..selepas ini banyak saluran akan disampaikan melalui facebook..harap maklum.

Sunday, December 5, 2010

Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu


Kurma/ Kismis / Madu Sabda Rasulullah s.a.w “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah
s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Sumber :- Ajakbicara.com & www.omaq.org

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Moga Allah kurniakan Haji yg mabrur kepada Jemaah kita dan Selamat Berkorban pada semua..

Perjalanan Jemaah

Jemaah yang bertolak dengan KT 36 (19 oktober 2010)
akan bertolak pulang pada

Tarikh : 04 Disember 2010
Masa : 01.10 pagi
Tempat : KLIA (Kuala Lumpur International Airport)

Wednesday, September 29, 2010

Taklimat Haji Perdana 2010

Tuan Puan yg menjadi peserta Haji 2010 / 1431H, dikehendaki hadir ke taklimat haji perdana anjuran KPHJYUSOFF di bawah naungan Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd..

Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang ( 9 Oktober 2010, SABTU)

Detail : Taklimat/ kursus ini diadakan secara percuma, makanan tengah hari juga disediakan..

p/s - tuan puan yg belum memberikan gambar kepada pihak pengurusan, diminta mnyerahkan gambar ukuran passport sebanyak 4keping..

Etc- untuk rujukan peta : http://wikimapia.org/224252/Dewan-Millenium