Monday, January 16, 2012

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak.." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah.. selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." "So..?" "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?" "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.." "Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?" "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" "Ya.. tak pelik.." "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." "Erk.. kau betul.."
Wednesday, January 11, 2012
PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Sunday, January 8, 2012
KURSUS HAJI BERSIRI SESI TAHUN 1433H / 2012
SURAU AL-MUJAHIDIN
TAMAN PERUDA, SG PETANI
SETIAP JUMAAT – 9.00 PAGI
MASJID TITI TEDURI
PULAI, BALING
SETIAP SABTU – 4.50 PTG (SELEPAS ASAR)
MASJID BUKIT BESAR
ALOR SETAR
SETIAP SABTU – 9.00 PAGI
MASJID ABDUL KADER
TELAGA AIR, BUTTERWORTH
SETIAP AHAD (PUKUL 9.00 PG)
MASJID JAMEK
PENAGA, SEBERANG PERAI
SETIAP AHAD - 4.50 PTG (LPS ASR)
PENCERAMAH : USTAZAH HJH AISHAH HJ AHMAD
: HAJI RIZAL BIN HAJI YUSOFF