Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU


لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان، فتكون السنة كالشهر، ويكون الشهر كالجمعة، وتكون الجمعة كاليوم، ويكون اليوم كالساعة، وتكون الساعة كاحتراق السعفة

'' Hari Kiamat tak akan datang kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan, dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.''

  Warga KP HAJI YUSOFF mengucapkan Selamat menyambut tahun baru kepada semua umat manusia(=..sedar xsedar kita dah masuk tahun baru..dan kita sedar tak lajunya masa ini ialah tanda-tanda kiamat?cuba pandang sekeliling kita..adakah kita sudah bersedia utk 'berdialog' dgn Allah?Allahumma thabbit qulubana ya rabb!!

Tuesday, November 13, 2012

Jom minum air Zam-zam



“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” 

Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.


FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam

-Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.

وَشِفَاءُ سُقْمٍ
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”

-Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

-Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
-Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
-Antara mata air syurga.
-Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
-Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
-Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
-Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
-Minuman orang mulia (al-abrar).
-Menambah kekuatan badan.
-Menghilangkan dahaga.(=

So,KP HAJI YUSOFF  ada menyediakan air zam-zam..sesiapa yg berhajat boleh hubungi terus ke talian yg tertera di blog KP HAJI YUSOFF.Sementara stok masih ada.baru sampi dari makkah..


Monday, November 12, 2012

ULAMA FASIK






Ertinya : Daripada Anas RA berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w. selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama' yang fasik".
H.R : Ibnu A'di

  Sekarang sudah sampai masa kita diperintah oleh orang-orang yg jahil.Bukan kita hina mana-mana pihak tetapi ini merupakan janji Rasulullah SAW bila hampir akhir zaman.Ya Allah,teguhkanlah hati-hati kami..Wahai sahabat-sahabatku,tika jari jemari tangkas bertazkirah,tika mulut petah bermadah,tika pergerakkan tangkas bergerak,jangan lupa pada hadis nabi.. 

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ ، فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ ، فَيَفْزَعُ لَهُ أَهْلُ النَّارِ فَيَجْتَمِعُونَ لَهُ فَيَقُولُونَ لَهُ : يَا فُلانُ ، مَا لَقِيتَ ؟ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ ؟ ، قَالَ : بَلَى ، كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلا آتِيهِ ، وَأَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَلا أَنْتَهِي

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.

  Renung-renungkan pada iman kita..apakah arahan,nasihat,teguran,tegahan,larangan,etc yang kita sampaikan masih belum terlaksana???( Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini?) hebatnya tika fulan ini masuk neraka sehingga ahli neraka yg sibuk diazab terkejut dengan kemasukkan si fulan..Ya Rabb..اللهم نجنا من عذاب القبر

Saturday, November 10, 2012

Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasululluah SAW bersabda: "Dunia penjara bagi orang mukmin dan  syurga bagi orang kafir"

Sahabat-sahabat yg dikasihi sekalian..hidup sebagai org mukmin ini seolah-olah penjara.Apa yg dimaksudkan dengan penjara??larangan2,tatatertib hidup kita dimuka bumi Allah ini..kerana org mukmin itu jika nak di bandingkan dengan kehidupannya selepas hari kebangkitan kelak,dunia ini seolah-olah penjara baginya.Nikmat yg Allah berikan jauh lebih hebat dari apa yg Allah berikan kepada kita didunia ini..tp ingat la sahabat-sahabatku..Mukmin dan Muslim itu berbeza.......

Manakala org kafir,dunia ini syurga baginya.Jika hendak dibandingkan azab yg akan diterimanya dengan kehidupan selepas hari kebangkitan kelak, dunia ini seolah-olah syurga baginya..walaupun dia yg paling miskin didunia ini..Azab yg Allah berikan jauh lebih hebat dari apa yg Allah ujikan kepadanya didunia ini..wallahu 'alam.

Friday, November 9, 2012

Seperti kera mendapat bunga


"Apabila sesuatu amanah itu di salah gunakan (disia-siakan),maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)."Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu duberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.
Samalah seperti jabatan2 yg berkaitan dengan keagamaan sekarang.tidak tahu hukum zakat,tp diberi amanah utk mnjaga zakat,tidak tahu apa itu ibadah haji,tetapi diberi kepercayaan utk mengelolakan haji..Allah musta'an..

Thursday, November 8, 2012

Ujian Tanda RahmatNYA


ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca blog KP HJ YUSOFF.maaf kerana sudah lama tidak update blog kerana busy dengan urusan jemaah haji bagi tahun ini.tahniah buat yg dpat pergi.Allahumma ja'alna hajjan mabrura..tahun yg cukup dasyat dengan ujian dari pelbagai sudut..apa2 pun alhamdulillah Allah masih pilih kita menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah walaupun last minute dapat terbang.kena keluarkan duit cash.tergopoh2 dan sebagainya..tapi janji Allah itu benar..untuk naik ke 1 pangkat yg baru pasti ada exam nya.untuk masuk ke universiti,ada temuduga..begitu juga dengan Allah..utk mendapat haji yg mabrur, Allah letakkan 1 ujian..Barakallah Fikum ya hujjaj!!

Tuesday, August 28, 2012

kejohanan motocross enduro peringkat negeri kedah





Assalamualiakum.Kullu 'amin wa antum bikhair..






مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.
SELAMAT BERPUASA ENAM KEPADA WARGA KP HAJI YUSOFF.
Disini Kp Haji Yusoff ingin menjemput semua warga KP HJ YUSOFF utk hadir ke KEJOHANAN MOTOCROSS TIKAM BATU 2012.Pada 1 & 2 September 2012.Bertempat belakang Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Sg petani Kedah, dengan kerjasama Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Belia Pekula dan Kelab Motocross Tikam Batu.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..Ameen ya Rabb