Sunday, July 7, 2013

AHLAN YA RAMADHAN

ANTIVIRUS & RAMADHAN

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
( Al-Baqarah : 183)

`Di dalam dunia fizikal dan material. Tanpa anti virus, swine flu, brid flu, Aids dan pelbagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.

Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.

Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura.

Anak berpura-pura baik di hadapan ibu ayah,

Murid dan pelajar berpura-pura di hadapan guru dan pensyarahnya,

Ibu ayah berpura-pura baik di hadapan anak dan para ustaz,

Para ustaz dan ustazah berpura-pura baik di hadapan khalayak ramai

Isteri berpura-pura baik di hadapa suami,

Suami berpura baik di hadapan isteri

Thursday, April 25, 2013

TAKLIMAT UMRAH PERCUMA



MAKLUMAN UNTUK BAKAL TETAMU ALLAH

Insyallah

- 11 Mei 2013

- Jam 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

- Bertempat Masjid Al-Ikhlas, Pulau Sepom, Tikam Batu 08600, Sungai Petani, Kedah


Akan diadakan TAKLIMAT UMRAH PERCUMA!
Buat jemaah KP HAJI YUSOFF yg akan berangkat ke tanah suci pada 21 & 22 Mei WAJIB HADIR
( Makanan di pagi & tengahari disediakan bg jemaah KPHJYUSOFF ).
Taklimat tersebut memperingatkan hukum hakam ditanah suci, kelengkapan bagi jemaah umrah buat musim panas, jadual penerbangan secara detail termasuklah cara-cara solat di atas kapal terbang dan banyak lagi.
Buat yang kali pertama, saya nasihatkan cari masa untuk hadir.
Bagi yang berumur pastikan hadir bersama waris yang lebih muda supaya sekiranya ada perkara yang tidak jelas, Insya Allah waris dapat membantu.

BUAT YANG BELUM PERNAH PERGI KE TANAH HARAM, INILAH PELUANG ANDA UNTUK MERASAI AURA TANAH SUCI..
من جد وجد ومن زرع حصل
'Sesiapa yang berusaha, dialah berjaya. Sesiapa yang menanam dialah mendapat hasilnya'
Sekadar mulut mengata 'rindukan tanah haram' tapi majlis ilmu yg berkaitan belum pernah usaha untuk hadir, tanda ANDA TIPU DIRI ANDA SENDIRI.

Sunday, January 27, 2013

KACANG LUPAKAN KULIT

   Kata-kata 'bagaikan kacang lupakan kulit' dari kecil lagi kita sudah mendengarnya..cuma disini saya ingin membawa sahabat-sahabat dari sudut pandangan kaca mata Islam.

   'Ramai yang merindui kampung halaman, tetapi tidak ramai yang merindui kampung halaman SYAHADAH KITA DILAHIRKAN'. Ibarat ini sama dengan 'bagaikan kacang lupakan kulit'. Minggu ini KP HJ YUSOFF di datangi seorang jemaah untuk pergi ke makkah. Beliau pergi atas desakan ibunya yang mana ingin membawa adik kandung perempuannya yang tiada mahram lelaki. Tahun 2013, syarat untuk mendapatkan visa cukup ketat. Bagi wanita umur 45 tahun kebawah dan lelaki umur 17 tahun kebawah WAJIB ada mahram yang turut bersamanya. Sebelum ini, kita mudah untuk jadikan 'mahram tumpang', tetapi sejak tahun ini, kedutaan Saudi sudah ada link dengan pejabat agama. Jadi, sebarang kecelaruan yang di buat oleh pihak pakej sekiranya dapat di kesan akan di 'black list' serta merta.

  Jadi, ramailah mahram dipaksa pergi untuk mendapat visa umrah. Tambang di bayar oleh si pemaksa.. Namun majoritinya masih teragak-agak. Sayang hendak tinggal perniagaan, sibuk, dan macam-macam lagi alasan.Sahabatku yang dikasihi, memang Makkah dan Madinah itu tiada langsung hiasan dunia tetapi buat pengalaman saya, belum ada 1 detik lagi hati rasa menyesal apa bila sampai disana walaupun urusan di Malaysia sangat sibuk. Kampung halaman kita yang tiada janji apa-apa pun kita cukup merasai kerinduannya apabila di tinggal lama.. inikan pula kampung halaman syahadah kita dilahirkan. Azan yg kita dengar, hukum hakam yang kita laksanakan, segala bentuk kaitan yang mengenai Islam, semuanya lahir disana. Suasana yang penuh Barakah. Apakah kita menggelarkan diri kita sebagai muslim tapi kita kedekut masa untuk diluangkan sedikit di bumi yg mana berlipat ganda pahalanya bagi setiap kebaikan yang kita lakukan?

Saturday, January 12, 2013

JANGAN TUNGGU SERU BARU HENDAK PERGI





































     Assalamualaikum..perubahan kota Makkah.Semoga Allah merahmati kita sekalian.Dari sudut pandangan mata teknologi.Ini merupakan satu kejayaan umat Islam.Manakala dari sudut pandangan mata hadis,ini merupakan TANDA KIAMAT

-As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]

     Untuk pengetahuan, telaga zam-zam sudah ditutup untuk dilihat.Pintu Bab Salam tiada lagi.Pernah berlaku, makam nabi ibrahim hendak diubah namun Allah itu maha kuasa..Rumah junjungan besar Nabi Muhammad SAW akan diroboh..Jabal Judi tempat Nabi membelah bulan dan pertama sekali berdakwah di buat istana raja.Telaga Nabi ludah ditutup.Parit yg digali semasa Perang Khandak ditimbus untuk dibuat jalan..dan banyk lgi sejarah Islam dibuang.Ada yang mengatakan itu bidaah,syirik,khurafat,dll.
Kisahnya.


Kisah ini sebagai asbabul nuzul, sebab turunnya ayat 260 Surat Al-Baqarah dan terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as.
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Artinya:
dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


     Disini apakah Nabi ibrahim membuat bidaah??apa tujuannya?? AGAR HATIKU TETAP MANTAP DENGAN IMANKU.so,sejrah Islam perlu kita jaga.Agar kita merasai kehidupan,sirah Nabi.Namun apakan daya apabila sistem Yahudi menguasai kita.Walaupun tanah haram tidak boleh dimasuki mereka tetapi dakyah mereka terpahat kaku dihati orang-orang Islam..

     Nasihatku buat teman-teman.Sekiranya ingin ke Mekkah dan Madinah bg yang mampu,segerakanlah.Rasa kepuasan beribadah itu berbeza.Dulu dipasar-pasar orang yang tahu hukum hakam berniaga,sekarang penipu,pendusta yg berniaga.Walaupun niat kita utk beribadah disana,tapi apabila kita bermu'amalah utk sewa,jualbeli dgn hamba-hamba Allah yg sebergini, sudah tentu akan menganggu khusuk kita dlm ibadah..Wallahu'alam

Friday, January 4, 2013

KURSUS HAJI BERSIRI 2013



… يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَتٍۗ … ۝

Artinya: “… Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” (Qs. Al-Mujadilah: 11)

Sunday, December 30, 2012

FLYER HAJI UMRAH

    Alhamdulillah berkat doa semua jemaah dan sahabat-sahabat KP HAJI YUSOFF dapat lagi bergerak dalam jalan jihad di medan perniagaan.Disini sedikit sebanyak maklumat flyer bagi tahun 2013..sama-sam kita doakan kita menang dalam JIHAD PERNIAGAAN pada tahun hadapan.Dalam jihad hanyalah ada 2 pilihan,samada kita MENANG atau SYAHID..kalau kita berniaga atas nama bangsa,sudah pasti KALAH ada dlm kamus perniagaan kita,tetapi apabila perniagaan kita atas 'tiket' ISLAM..MENANG DAN SYAHID SAHAJA yang ada dlm kamus perniagaan kita...ramai yang berniaga,tetapi bermodulkan Bill Gates,Donald Trump,Bill Walsh, John Assaraf dan ramai lagi..kalau tanya jutawan Islam siapa???

 “Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”-Abdul Rahman Auf- jutawan yg menangisi kemewahan..Nescaya tidak ramai yg kenal jutawan ini..Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

   Berbisnes di DUNIA, untung sampai ke SYURGA!YA RABB!!jadikanlah kami di golongan mereka!belum lagi kita tengok sejarah Nabi berniaga.. 

عن أبي خالد حكيم بن حزام ، رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :](( البيعان بالخيار ما لم يفرقا ، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما ، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما )
Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”


Sunday, December 16, 2012

JOM KAYUH BASIKAL



Kejohanan Lumba Basikal Lasak Sungai Petani 2013

Race 4 Fun, Ride 4 Fun





Tarikh : 5-6 Januari 2013
Venue : Track Motocross Endurance Dusun Tikam Batu
Kerjasama : Kelab Motocross Tikam Batu & KP HJ YUSOFF
Penaja : Option Cyclist, Sungai Petani

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 20hb Disember 2012, Harap Maklum.!!!

Aturcara Program

5hb Januari 2013
MTB Downhill
Terbuka Remaja - Bawah 17Tahun
Terbuka Lelaki Amatur - 18 - 35tahun
Terbuka Lelaki Expert - 18 - 35tahun
Terbuka Lelaki Master - 36tahun ke atas

Jarak Trek - 1km
Trail Elevation - 479feets
Uplift Disediakan...!!!!!!!!!

Yuran Penyertaan RM45
Sijil Penyertaan
T-Shirt
Makan Tengahari

Hadiah bagi semua kategori adalah dari No.1 hingga No.10 terbaik
Wang Tunai akan diberikan dari no.1 hingga no.3 jika mendapat lebih 70 penyertaan






6hb Januari 2013
MTB Cross Country

Terbuka Remaja - Bawah 17Tahun [3.5km x 4lap]
Terbuka Lelaki Amatur - 18 - 35tahun [3.5km x 4lap]
Terbuka Lelaki Expert - 18 - 35tahun [3.5km x 5lap]
Terbuka Lelaki Master - 36tahun ke atas [3.5km x 4lap]
Terbuka Wanita - Terbuka kepada semua peringkat umur






Yuran Penyertaan RM35

* Sijil Penyertaan
* T-Shirt
* Makan Tengahari
* Hadiah bagi semua kategori adalah dari No.1 hingga No.10 terbaik
* Wang Tunai akan diberikan dari no.1 hingga no.3 jika mendapat lebih 150 penyertaan







Trek adalah 100% rideable..!!!!!!!!!!!!



Borang




Facebook: http://www.facebook.com/KejohananLumbaBasikalLasakSungaiPetani2013

Ralat
Sila lihat pada borang yang tertera, kesilapan pada akaun no 07190001498052, Harap Maklum.



T-Shirt Design







Gambaran Trek






Penginapan

Homestay
Rating : 10/10
Bilik : 3
Katil : 8 Orang [Boleh muat 12 orang]
Lokasi : Bandar Bertam, Kepala Batas
Harga : RM400
Lain - Lain : Setiap bilik miliki aircon, lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah taman lot tepi.

Rating : 9/10
Bilik : 3

Katil : 8 Orang [Boleh muat 14 orang]
Lokasi : Kepala Batas
Harga : RM280
Lain - Lain : Lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah kampung.


Rating : 9/10
Bilik : 3

Katil : 8 Orang [Boleh muat 14 orang]
Lokasi : Padang Temusu, Sungai Petani
Harga : RM280
Lain - Lain : Lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah kampung.


Rating : 10/10
Bilik : 4

Katil : 12 Orang [Boleh muat 16 orang]
Lokasi : Padang Temusu, Sungai Petani
Harga : RM400
Lain - Lain : Lengkap dengan aircon, dapur dan segala kelengkapan. Rumah banglo kampung.



Hotel Seri Malaysia
Akan diberitahu kelak, harga istimewa kepada peserta masih dalam rundingan.


Sila hubungi sekreteriat kami untuk urusan penginapan, Terima Kasih. [013 9 333 951]


Aturcara Pertandingan
Akan diberitahu kelak




Peta Lokasi
Akan dipaparkan kelak




P/S : Trek adalah masih ditutup demi keselamatan. Jika ingin melakukkan sebarang latihan, haruslah meminta kebenaran terlebih dahulu, terima kasih.