Monday, January 16, 2012


Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak.." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah.. selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." "So..?" "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?" "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.." "Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?" "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" "Ya.. tak pelik.." "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." "Erk.. kau betul.."

Wednesday, January 11, 2012

PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Sunday, January 8, 2012

KURSUS HAJI BERSIRI SESI TAHUN 1433H / 2012

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, seperti mana tahun-tahun yang lepas, kami warga KP HAJI YUSOFF mengadakan kursus haji bersiri secara percuma. Hari, masa dan tempat adalah seperti berikut;

SURAU AL-MUJAHIDIN
TAMAN PERUDA, SG PETANI

SETIAP JUMAAT –
9.00 PAGI


MASJID TITI TEDURI
PULAI, BALING
SETIAP SABTU –
4.50 PTG (SELEPAS ASAR)


MASJID BUKIT BESAR
ALOR SETAR
SETIAP SABTU –
9.00 PAGI


MASJID ABDUL KADER
TELAGA AIR, BUTTERWORTH
SETIAP AHAD
(PUKUL 9.00 PG)


MASJID JAMEK
PENAGA, SEBERANG PERAI
SETIAP
AHAD - 4.50 PTG (LPS ASR)



PENCERAMAH : USTAZAH HJH AISHAH HJ AHMAD
: HAJI RIZAL BIN HAJI YUSOFF


Saturday, January 7, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Alhamdulillah, kita masih di beri kesempatan olehNYA untuk meneruskan kehidupan sehingga hari ini. sedar tak sedar, kita telah masuk ke tahun yg baru, hari yg baru, tarikh yg baru. kami di KP HJ YUSOFF mengucapkan selamat tahun baru 2012 kpda pengunjung2 blog ini yg setia. terima kasih krna terus mamberi sokongan kpda kami.. semoga tahun ini menjadikan kita lebih mulia di sisi manusia & lebih bertaqwa di sisiNYA... Ameen..