Sunday, December 30, 2012

FLYER HAJI UMRAH

    Alhamdulillah berkat doa semua jemaah dan sahabat-sahabat KP HAJI YUSOFF dapat lagi bergerak dalam jalan jihad di medan perniagaan.Disini sedikit sebanyak maklumat flyer bagi tahun 2013..sama-sam kita doakan kita menang dalam JIHAD PERNIAGAAN pada tahun hadapan.Dalam jihad hanyalah ada 2 pilihan,samada kita MENANG atau SYAHID..kalau kita berniaga atas nama bangsa,sudah pasti KALAH ada dlm kamus perniagaan kita,tetapi apabila perniagaan kita atas 'tiket' ISLAM..MENANG DAN SYAHID SAHAJA yang ada dlm kamus perniagaan kita...ramai yang berniaga,tetapi bermodulkan Bill Gates,Donald Trump,Bill Walsh, John Assaraf dan ramai lagi..kalau tanya jutawan Islam siapa???

 “Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”-Abdul Rahman Auf- jutawan yg menangisi kemewahan..Nescaya tidak ramai yg kenal jutawan ini..Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

   Berbisnes di DUNIA, untung sampai ke SYURGA!YA RABB!!jadikanlah kami di golongan mereka!belum lagi kita tengok sejarah Nabi berniaga.. 

عن أبي خالد حكيم بن حزام ، رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :](( البيعان بالخيار ما لم يفرقا ، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما ، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما )
Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”


Sunday, December 16, 2012

JOM KAYUH BASIKAL



Kejohanan Lumba Basikal Lasak Sungai Petani 2013

Race 4 Fun, Ride 4 Fun





Tarikh : 5-6 Januari 2013
Venue : Track Motocross Endurance Dusun Tikam Batu
Kerjasama : Kelab Motocross Tikam Batu & KP HJ YUSOFF
Penaja : Option Cyclist, Sungai Petani

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 20hb Disember 2012, Harap Maklum.!!!

Aturcara Program

5hb Januari 2013
MTB Downhill
Terbuka Remaja - Bawah 17Tahun
Terbuka Lelaki Amatur - 18 - 35tahun
Terbuka Lelaki Expert - 18 - 35tahun
Terbuka Lelaki Master - 36tahun ke atas

Jarak Trek - 1km
Trail Elevation - 479feets
Uplift Disediakan...!!!!!!!!!

Yuran Penyertaan RM45
Sijil Penyertaan
T-Shirt
Makan Tengahari

Hadiah bagi semua kategori adalah dari No.1 hingga No.10 terbaik
Wang Tunai akan diberikan dari no.1 hingga no.3 jika mendapat lebih 70 penyertaan






6hb Januari 2013
MTB Cross Country

Terbuka Remaja - Bawah 17Tahun [3.5km x 4lap]
Terbuka Lelaki Amatur - 18 - 35tahun [3.5km x 4lap]
Terbuka Lelaki Expert - 18 - 35tahun [3.5km x 5lap]
Terbuka Lelaki Master - 36tahun ke atas [3.5km x 4lap]
Terbuka Wanita - Terbuka kepada semua peringkat umur






Yuran Penyertaan RM35

* Sijil Penyertaan
* T-Shirt
* Makan Tengahari
* Hadiah bagi semua kategori adalah dari No.1 hingga No.10 terbaik
* Wang Tunai akan diberikan dari no.1 hingga no.3 jika mendapat lebih 150 penyertaan







Trek adalah 100% rideable..!!!!!!!!!!!!



Borang




Facebook: http://www.facebook.com/KejohananLumbaBasikalLasakSungaiPetani2013

Ralat
Sila lihat pada borang yang tertera, kesilapan pada akaun no 07190001498052, Harap Maklum.



T-Shirt Design







Gambaran Trek






Penginapan

Homestay
Rating : 10/10
Bilik : 3
Katil : 8 Orang [Boleh muat 12 orang]
Lokasi : Bandar Bertam, Kepala Batas
Harga : RM400
Lain - Lain : Setiap bilik miliki aircon, lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah taman lot tepi.

Rating : 9/10
Bilik : 3

Katil : 8 Orang [Boleh muat 14 orang]
Lokasi : Kepala Batas
Harga : RM280
Lain - Lain : Lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah kampung.


Rating : 9/10
Bilik : 3

Katil : 8 Orang [Boleh muat 14 orang]
Lokasi : Padang Temusu, Sungai Petani
Harga : RM280
Lain - Lain : Lengkap dengan dapur dan segala kelengkapan. Rumah kampung.


Rating : 10/10
Bilik : 4

Katil : 12 Orang [Boleh muat 16 orang]
Lokasi : Padang Temusu, Sungai Petani
Harga : RM400
Lain - Lain : Lengkap dengan aircon, dapur dan segala kelengkapan. Rumah banglo kampung.



Hotel Seri Malaysia
Akan diberitahu kelak, harga istimewa kepada peserta masih dalam rundingan.


Sila hubungi sekreteriat kami untuk urusan penginapan, Terima Kasih. [013 9 333 951]


Aturcara Pertandingan
Akan diberitahu kelak




Peta Lokasi
Akan dipaparkan kelak




P/S : Trek adalah masih ditutup demi keselamatan. Jika ingin melakukkan sebarang latihan, haruslah meminta kebenaran terlebih dahulu, terima kasih.

Wednesday, December 5, 2012

TANDA JEMAAH YG BERMASALAH

TANDA-TANDA JEMAAH HAJI @ UMRAH YG AKAN BERMASALAH DI TANAH SUCI

-"Saya ni tak nak pergi lagi tapi dah isteri g,xdak muhrim..so,kenelah teman"
-"Semua tempat aku dah pi dah..england,paris..,tingai mekah madinah ja aku xp lagi..tu yg nk p tengok tu"
-"Pangkat saya ni tak leh nak naik dah sebab bukan status 'haji' "
-"pencen-pencen ni,kena lah bawak-bawak ingat tuhan.."
-"tolong panggil saya doktor,dato ye.."
   Pengalaman yg kami lalui,selalunya golongan ini hati mereka belum sedia untuk di proses.Susah untuk terima takdir.Golongan inilah yg majoritinya,akan terima 'cash' dari Allah ketika di tanah suci.Tidak dapat melihat ka'abah,rasa makanan basi,sesat selama beberapa hari,dan berbagai lagi.Masalahnya,apabila Allah timpakan ujian ini atas hambanya,dia akan menyalahi orang sekeliling.Lupa yang Allah masih sayangkan dia.Allah datangkan ujian itu atas dasar untuk dia tersedar dari 'mimpi'..Namun,apakan daya sekiranya matlamat tidak jelas,dunia akan kabur..
  Jadi,ingin menjadi tetamu Allah??pastikan hati anda betul-betul secara total untuk diproses..ISLAM ITU BUKAN AGAMA,TETAPI CARA HIDUP..

Monday, December 3, 2012

CARA SETTING ARABIC KEYBOARD LANGUAGE WINDOW 7

   Assalamualaikum..dekat sini saja saya hendak kongsi bersama untuk hadirkan bahasa Al-quran dalam komputer masing-masing.Kadang-kadang kita teringin sangat-sangat untuk bertutur dalam bahasa semulia-mulia makhluk iaitu Rasulullah SAW, tetapi usaha untuk rasa cintakan bahasa arab langsung tidak pernah kita praktikkan..APAKAH RASA CINTA ITU BENAR???

   العلم بلا عمل لا يكون, العمل بلا علم مجنون 
"Ilmu tanpa amal tidak akan terjadi, Amal tanpa ilmu gila"

kata-kata imam Syafie ini cukup untuk tazkirahkan diri kita yg sekarang sudah sampai masa penghujung dunia.Jika Allah izinkan kita bersama-sama di tanah haram, kamu semua boleh lihat bertapa 'GILA'nya manusia sekarang beribadah..tiada ilmu tetapi ingin pergi beribadah..kalau anak-anak kecil mungkin biasa..TETAPI beranakkan bini...Ya rabb.

Cara Setting / Install Arabic Keyboard Language Dalam Windows 7







Di sini saya ingin share cara untuk install Arabic Keyboard Language pada Komputer anda bagi Windows 7



Step 1: Buka Control Panel dan cari Region and Language



Click Region and Language
Jika tidak jumpa, anda tukar 'View by: Small Icon' di sudut kiri Control Panel

Step 2: Selepas Klik, anda klik pada Keyboard and Languages > dan Klik pada Change keyboards




Step 3: Apabila keluar seperti di bawah ni Klik pada 'Add'




Step 4: Kemudian Cari Arabic (Saudi Arabia) tick pada Keyboard Arabic (101) dan tekan OK




Selepas semua ini selesai anda boleh gunakan Arabic Keyboard and Language tersebut.
Untuk gunakannya Tukar EN > AR :


**Untuk Windows Xp anda memerlukan CD Windows.

Tuesday, November 27, 2012

PESANAN UTK TETAMU ALLAH

   Assalamu'alaikum..Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.wa barakallah fikum kepada tetamu-tetamu Allah & Rasulullah yg baru berangkat pulang ke tanah air Malaysia terutama warga KP HAJI YUSOFF yang pulang pada 27/11/2012 dan 23/11/2012.Semoga perjalanan haji yang telah dilalui menjadi titik tolak kita untuk berubah menjadi lebih terbaik.MADRASAH HAJI MABRUR bukan hanya disana sahaja,tetapi merangkumi sepanjang hayat kita apabila bergelarnya HAJI & HAJJAH.Pulangnya para tetamu jungjugan besar,Nabi  Muhammad SAW bukan untuk dibangga kerana bertukarnya status tetapi jatuhnya atas bahu kita tangungjawab yang besar iaitu DUTA KEPADA RASULULLAH SAW.Maaf dipinta tidak dapat hadirkan dalil-dalil hadis dan ayat Al-quran.Komputer baru format(=..wallahu'alam.

Wednesday, November 21, 2012

JIHAD


قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)


  Wahai sahabat2ku yg kusayangi..sekarang sudah sampai masa kita tanam dalam diri kita utk boikot barangan Israel..kenapa?dari  mata kasar memang kita nampak Israel tidak boleh buat apa dgn RM1 kita beli coke..modal lagi,gaji pekerja lagi.berapa sangat dia dapat tapi jangan lupa sahabat2 ku..mereka ini langsung tidak inginkan jasad2 org islam..TETAPI mereka ini ingin kuasai PEMIKIRAN org2 Islam..

   Cuba kita perhati org melayu (Islam) sekarang..adakah bersatu??ulama kata "kalau kamu ingin melihat sesuatu tempat itu penduduknya bersatu atau tidak maka lihatlah pada saf2 solat".sekarang pergi ke RnR semua solat masing2..kopiah atas kepala pun masih tidak mahu berimam..kalau ada imam pulak ada yg tak nk ikut.kadang2 sampai 2,3 imam..SEBAB??

   Itu tandanya makanan &  minuman kita tidak terjaga..lupakah kita dengan artikel2 ini :-


"Molekul air berubah bila kita bersifat sayang, memaafkan, bersyukur kepada bentuk krystal yang sungguh unik.. Begitu juga ia berubah sekiranya di dedahkan kepada perasaan negatif ia membentuk molekul yang amat hodoh...


Itu lah sebabnya kebanyakan air penawar penyembuh penyakit dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran agar apa yang diminum oleh kita akan mempengaruhi diri kita sendiri.. inilah kuasa Allah S.W.T...


Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dengar di IKIM F.M tentang seorang ibu yang anaknya dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempah 30 hari... bila ditanya apakah rahsianya pemakanan yang diberi pada anaknya sehingga mudah untuk menghafal? kata ibu tadi rahsianya adalah dia sentiasa mengambil wuduk sebelum menyusukan anaknya.. subhanallah.. sekali lagi itulah kuasa Allah melalui air...


Oleh itu amat penting memastikan air yang kita minum dan beri pada keluarga dan anak kita terdiri daripada air yang baik sumbernya.. 


Cuba lihat gambar di bawah tentang kandungan air dalam badan manusia:





OTAK kita sahaja mengandungi 75% air... maknanya apa yang kita fikirkan tentang diri kita juga akan mempengaruhi perlakuan dan tenaga yang ada pada diri kita"

  Bila air sudah banyak dalam badan sudah tentu badan kita cukup terpengaruh dgn minuman dan makanan.sekarang cuba kita perhatikan,apakah makanan & minuman org yg tidak solat,tidak bayar zakat,cina (kafir) tidak mempengaruhi amalan dan iman kita?sebab itulah Saudi, Mesir, Jordan dan negara2 arab yg lain hanya mampu melihat sahaja Palestin 'diratah'..sebab yahudi dah berjaya tawan pemikiran kita..so, dgn RM1 tu yahudi berjaya utk tawan kita.. sekarang majoriti tempat makan ada tv. apakah gelombang yg terhasil dari channel2 mereka tidak mempengaruhi makanan kita???

  Tapi malangnya kita org melayu tidak faham erti JIHAD DALAM PERNIAGAAN. sekarang 70% barang runcit adalah dari syarikat cina (kafir). memang kedai melayu mahal 20 - 30 sen.. itulah namanya jihad.. adakah mereka ini tahu apa itu najis mughallazah?? bagaimana cara utk bersuci? apakah makanan @ minuman yg mereka ciptakan bermula dgn bismillah?? 







قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI." (HR. Bukhari dan Muslim)

  Cuba kita lihat pada gambar rajah air diatas..Darah dan hati diantara peratus yg tinggi airnya dlm badan kita.marilah kita renung sebentar..apakah makan minum kita hari ini tidak memberi kesan atas iman kita? So, macamana pulak org Islam tapi tak solat buat makan minum utk kita?? fikir-fikirkanlah sendiri...

Sunday, November 18, 2012

Jom naik pangkat



Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

رواه البخاري عن عثمان بن عفان قال: قال رسول الله :
((خيركم من تعلم القرآن وعلّمه))

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

(HR al-Bukhari)

  Hari ini kita berlumba utk menjadi yg terbaik dlm semua aspek..tp kita lupa Allah permudahkan org Islam utk naik pangkat..TAPI sekarang ni ramai ka yg boleh baca quran?apatah lagi nk mengajar.ALLAHUMMA AFTAH 'ALAINA..

Friday, November 16, 2012

Apa itu Palestin

Palestin adalah salah satu identiti umat Islam. Setiap muslim mempunyai peranan yang besar terhadap bumi Palestin dan rakyatnya. Umat Islam daripada seluruh dunia mesti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

1. Palestin dari segi keimanan:

Kepentingan bumi Palestin dalam kepercayaan Islam (Islamic Faith) telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar
ialah kerana di sana terdapatnya Baitul Maqdis, tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah). Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock,kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.



Baitul-Maqdis di Palestin adalah pusat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut :-

Maha Suci Dia (Allah) yang telah
mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di
Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya….

(Al-Isra’:1)

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata:

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:

Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40
tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis pada masa keseluruhan Period Mekah (selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.

Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW bersabda:

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500
kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Selain daripada itu, terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang pentingnya bumi Baitul Maqdis dalam Islam serta Allah memberkati bumi disekelilingnya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan tentang bumi Palestin yang diberkati sehinggakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat mencintai bumi ini. Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah
mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah waqaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.

Setelah mengkaji ayat-ayat al-Quran, hadis, dan tindakan para sahabat, maka tiada siapa yang sihat fikirannya boleh menafikan bahawa Palestin adalah bumi suci dan diberkati. Ia adalah bumi yang terlalu penting kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

2. Palestin dalam Sejarah Islam

Bumi Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada Nabi yang pertama, Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk
menyampaikan mesej Islam, maka ia tidak sepatutnya ditadbir oleh orang lain selain daripada sesiapa yang membawa mesej Islam dan melaksanakan segala peraturan dan tuntutannya.

Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.

Ia adalah tanah suci dimana ramai para Nabi dan Rasul telah dilahir serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi
Isa. Semasa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah
termasuk dihalau daripada bumi Palestin. Ini semua diceritakan dalam Bible dan Al-Quran.

Baitul Maqdis adalah bumi berlakunya Isra’ Mikraj terhadap Rasulullah SAW semasa period Makkiyyah.

Palestin telah berjaya dibawa ke naungan pentadbiran Islam semasa zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum daripada itu hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Byzantine turut menindas penganut Kristian Palestin kerana mereka bermazhab atau berfahaman lain daripada mazhab yang dianuti oleh kerajaan
Byzantine. Walau bagaimanapun Islam tetap menjanjikan kebebasan dan keadilan
kepada semua agama.

Tahun 1099 masehi:

Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.

Tahun 1187:

Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.

Tahun 1917:

Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi
Palestin.

Tahun 1918 :

British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah.
British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

Tahun 1948:

Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

Tahun 1967:

Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah
atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

Berdasarkan kepada sejarah Islam dan kepentingannya daripada segi keimanan, dan
setelah kegagalan semua kaedah yang tidak Islamik untuk membebaskan tanahair Palestin daripada penjajahan Israel, maka penyelesaian secara Islam ialah kebangkitan semula Islam (re-emerging).

Ia merupakan kaedah yang paling kuat serta popular untuk pembebasan tanah yang dijajah ini. Islam ialah agama keamanan. Hanya Islam menawarkan kehormatan kepada semua agama yang diturunkan
dari langit kerana ia mengiktiraf semua nabi-nabi sejak dari Adam sampai Muhammad SAW. Hanya Islam percaya yang semua nabi dan Rasul membawa mesej yang sama, jadi semua manusia layak menikmati kebebasan untuk beribadat tanpa
tekanan dan penindasan.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa hanya Islam layak mengambalikan keamanan , keselamatan dan kebebasan di bumi suci Palestin
kepada semua manusia.

Sumber : www.massej.info

Thursday, November 15, 2012

JOM HIJRAH




سُوۡرَةُ الرّعد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
(١١) 
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)



طلع البدر علينا من ثنيات الوداع…وجب الشكر علينا ما دعا لله داع
أيها المبعوث فينا جئت بالأمر المطاع…جئت شرفت المدينة مرحبا يا خير داع

Bulan purnama sedang mengambang di atas kita
dari daerah Tsaniah al-wada’,
Wajiblah kepada kita bersyukur
apa yang diseru kerana Allah oleh yang menyeru.
Wahai orang yang membangkitkan di kalangan kita
kamu membawa perkara yang mesti dita’ati.

ADAKAH KITA MASIH DI TAKUK YANG LAMA???

Wednesday, November 14, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU


لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان، فتكون السنة كالشهر، ويكون الشهر كالجمعة، وتكون الجمعة كاليوم، ويكون اليوم كالساعة، وتكون الساعة كاحتراق السعفة

'' Hari Kiamat tak akan datang kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan, dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.''

  Warga KP HAJI YUSOFF mengucapkan Selamat menyambut tahun baru kepada semua umat manusia(=..sedar xsedar kita dah masuk tahun baru..dan kita sedar tak lajunya masa ini ialah tanda-tanda kiamat?cuba pandang sekeliling kita..adakah kita sudah bersedia utk 'berdialog' dgn Allah?Allahumma thabbit qulubana ya rabb!!

Tuesday, November 13, 2012

Jom minum air Zam-zam



“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki. ” 

Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.


FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam

-Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.

وَشِفَاءُ سُقْمٍ
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”

-Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.

إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ إِنَّهَا طَعَامُ طُعْمٍ
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

-Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
-Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
-Antara mata air syurga.
-Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
-Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
-Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
-Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
-Minuman orang mulia (al-abrar).
-Menambah kekuatan badan.
-Menghilangkan dahaga.(=

So,KP HAJI YUSOFF  ada menyediakan air zam-zam..sesiapa yg berhajat boleh hubungi terus ke talian yg tertera di blog KP HAJI YUSOFF.Sementara stok masih ada.baru sampi dari makkah..


Monday, November 12, 2012

ULAMA FASIK






Ertinya : Daripada Anas RA berkata : "Bersabda Rasulullah s.a.w. selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama' yang fasik".
H.R : Ibnu A'di

  Sekarang sudah sampai masa kita diperintah oleh orang-orang yg jahil.Bukan kita hina mana-mana pihak tetapi ini merupakan janji Rasulullah SAW bila hampir akhir zaman.Ya Allah,teguhkanlah hati-hati kami..Wahai sahabat-sahabatku,tika jari jemari tangkas bertazkirah,tika mulut petah bermadah,tika pergerakkan tangkas bergerak,jangan lupa pada hadis nabi.. 

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ ، فَيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ ، فَيَفْزَعُ لَهُ أَهْلُ النَّارِ فَيَجْتَمِعُونَ لَهُ فَيَقُولُونَ لَهُ : يَا فُلانُ ، مَا لَقِيتَ ؟ أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ ؟ ، قَالَ : بَلَى ، كُنْتُ آمُرُ بِالْمَعْرُوفِ وَلا آتِيهِ ، وَأَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَلا أَنْتَهِي

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.

  Renung-renungkan pada iman kita..apakah arahan,nasihat,teguran,tegahan,larangan,etc yang kita sampaikan masih belum terlaksana???( Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini?) hebatnya tika fulan ini masuk neraka sehingga ahli neraka yg sibuk diazab terkejut dengan kemasukkan si fulan..Ya Rabb..اللهم نجنا من عذاب القبر

Saturday, November 10, 2012

Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasululluah SAW bersabda: "Dunia penjara bagi orang mukmin dan  syurga bagi orang kafir"

Sahabat-sahabat yg dikasihi sekalian..hidup sebagai org mukmin ini seolah-olah penjara.Apa yg dimaksudkan dengan penjara??larangan2,tatatertib hidup kita dimuka bumi Allah ini..kerana org mukmin itu jika nak di bandingkan dengan kehidupannya selepas hari kebangkitan kelak,dunia ini seolah-olah penjara baginya.Nikmat yg Allah berikan jauh lebih hebat dari apa yg Allah berikan kepada kita didunia ini..tp ingat la sahabat-sahabatku..Mukmin dan Muslim itu berbeza.......

Manakala org kafir,dunia ini syurga baginya.Jika hendak dibandingkan azab yg akan diterimanya dengan kehidupan selepas hari kebangkitan kelak, dunia ini seolah-olah syurga baginya..walaupun dia yg paling miskin didunia ini..Azab yg Allah berikan jauh lebih hebat dari apa yg Allah ujikan kepadanya didunia ini..wallahu 'alam.

Friday, November 9, 2012

Seperti kera mendapat bunga


"Apabila sesuatu amanah itu di salah gunakan (disia-siakan),maka tunggulah saat kehancuran (kiamat)."Para sahabat bertanya: "Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai rasulullah?" Baginda menjawab: "Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu duberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.
Samalah seperti jabatan2 yg berkaitan dengan keagamaan sekarang.tidak tahu hukum zakat,tp diberi amanah utk mnjaga zakat,tidak tahu apa itu ibadah haji,tetapi diberi kepercayaan utk mengelolakan haji..Allah musta'an..

Thursday, November 8, 2012

Ujian Tanda RahmatNYA


ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca blog KP HJ YUSOFF.maaf kerana sudah lama tidak update blog kerana busy dengan urusan jemaah haji bagi tahun ini.tahniah buat yg dpat pergi.Allahumma ja'alna hajjan mabrura..tahun yg cukup dasyat dengan ujian dari pelbagai sudut..apa2 pun alhamdulillah Allah masih pilih kita menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah walaupun last minute dapat terbang.kena keluarkan duit cash.tergopoh2 dan sebagainya..tapi janji Allah itu benar..untuk naik ke 1 pangkat yg baru pasti ada exam nya.untuk masuk ke universiti,ada temuduga..begitu juga dengan Allah..utk mendapat haji yg mabrur, Allah letakkan 1 ujian..Barakallah Fikum ya hujjaj!!

Tuesday, August 28, 2012

kejohanan motocross enduro peringkat negeri kedah





Assalamualiakum.Kullu 'amin wa antum bikhair..






مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.
SELAMAT BERPUASA ENAM KEPADA WARGA KP HAJI YUSOFF.
Disini Kp Haji Yusoff ingin menjemput semua warga KP HJ YUSOFF utk hadir ke KEJOHANAN MOTOCROSS TIKAM BATU 2012.Pada 1 & 2 September 2012.Bertempat belakang Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Sg petani Kedah, dengan kerjasama Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Belia Pekula dan Kelab Motocross Tikam Batu.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..Ameen ya Rabb









Thursday, July 26, 2012

BUBUR LAMBUK KP HJ YUSOFF


Assalamu'alaikum.

Setiap kali datangnya bulan Ramadhan, kami warga KP HJ YUSOFF ada menyediakan juadah berbuka puasa untuk penduduk umat Islam yang berhampiran.

Bermula hari Selasa, 3 Ramadhan bersamaan 24 Julai 2012, anda boleh mendapatkan bubur lambuk kami di hadapan Petronas Tikam Batu, berhampiran Bazar Ramadhan.

Bubur lambuk ini di masak sendiri oleh warga KP HJ YUSOFF dan diberikan secara PERCUMA kepada mereka yang berhajat.

Bagi yang masih belum pernah merasa bubur lambuk kami, anda harus mendapatkannya hari ini :)