Monday, December 3, 2012

CARA SETTING ARABIC KEYBOARD LANGUAGE WINDOW 7

   Assalamualaikum..dekat sini saja saya hendak kongsi bersama untuk hadirkan bahasa Al-quran dalam komputer masing-masing.Kadang-kadang kita teringin sangat-sangat untuk bertutur dalam bahasa semulia-mulia makhluk iaitu Rasulullah SAW, tetapi usaha untuk rasa cintakan bahasa arab langsung tidak pernah kita praktikkan..APAKAH RASA CINTA ITU BENAR???

   العلم بلا عمل لا يكون, العمل بلا علم مجنون 
"Ilmu tanpa amal tidak akan terjadi, Amal tanpa ilmu gila"

kata-kata imam Syafie ini cukup untuk tazkirahkan diri kita yg sekarang sudah sampai masa penghujung dunia.Jika Allah izinkan kita bersama-sama di tanah haram, kamu semua boleh lihat bertapa 'GILA'nya manusia sekarang beribadah..tiada ilmu tetapi ingin pergi beribadah..kalau anak-anak kecil mungkin biasa..TETAPI beranakkan bini...Ya rabb.

Cara Setting / Install Arabic Keyboard Language Dalam Windows 7







Di sini saya ingin share cara untuk install Arabic Keyboard Language pada Komputer anda bagi Windows 7



Step 1: Buka Control Panel dan cari Region and Language



Click Region and Language
Jika tidak jumpa, anda tukar 'View by: Small Icon' di sudut kiri Control Panel

Step 2: Selepas Klik, anda klik pada Keyboard and Languages > dan Klik pada Change keyboards




Step 3: Apabila keluar seperti di bawah ni Klik pada 'Add'




Step 4: Kemudian Cari Arabic (Saudi Arabia) tick pada Keyboard Arabic (101) dan tekan OK




Selepas semua ini selesai anda boleh gunakan Arabic Keyboard and Language tersebut.
Untuk gunakannya Tukar EN > AR :


**Untuk Windows Xp anda memerlukan CD Windows.

No comments:

Post a Comment